Sabtu, 27 Ogos 2016 | 8:03pm

Twin Otter terbabas di Marudi

Keadaan pesawat ringan Twin Otter milik Maswing yang terbabas ketika mendarat di Lapangan Terbang Marudi petang tadi.
Keadaan pesawat ringan Twin Otter milik Maswing yang terbabas ketika mendarat di Lapangan Terbang Marudi petang tadi.

MARUDI: Sebuah pesawat ringan Twin Otter milik Maswing terbabas ketika mendarat di Lapangan Terbang Marudi jam 3.50 petang tadi.   

Ketua Polis Daerah Deputi Superintendan Gabriel Risut berkata, kejadian kira-kira jam 3.50 petang itu tidak membabitkan kecederaan pada dua juruterbang dan empat penumpang. 

Beliau berkata, pesawat berkenaan dalam penerbangan dari Miri menuju Marudi terbabas ke kiri dan berhenti di kawasan berumput di tepi landasan. 

"Ketika kejadian pesawat dikendalikan pembantu juruterbang namun tidak dapat dipastikan punca kejadian.  

"Siasatan penuh mengenai kejadian dikendalikan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Miri," katanya. 

Berita Harian X