Ahad, 7 Ogos 2016 | 10:46am
Pasukan HAZMAT dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim sedang menjalankan operasi pembersihan tumpahan raksa di sebuah rumah di Taman Aman, Anak Bukit, pagi ini. - Foto Ihsan Bomba
Pasukan HAZMAT dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim sedang menjalankan operasi pembersihan tumpahan raksa di sebuah rumah di Taman Aman, Anak Bukit, pagi ini. - Foto Ihsan Bomba

Nenek panik raksa tumpah di rumah

ALOR SETAR: Seorang nenek berusia 55 tahun panik apabila termometer yang dipegang terjatuh menyebabkan berlaku tumpahan raksa di rumahnya di Taman Aman, Anak Bukit, dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian itu jam 6 pagi, wanita terbabit dipercayai mahu memeriksa suhu badan cucunya yang demam di dalam bilik tidur sebelum termometer yang dipegangnya terlepas dan jatuh ke lantai.

Berikutan itu, dia menghubungi pasukan Bomba dan Penyelamat untuk meminta bantuan kerana bimbang bahan berkenaan berbahaya kepada mereka.

Komander Operasi, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar, Pegawai Bomba Kanan II Mohamad Yazan Yahaya, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 6.06 pagi dan sepasukan anggotanya tiba di lokasi pada jam 6.16 pagi.

Beliau berkata, anggota Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) dari BBP Kulim turut membantu menjalankan operasi membersihkan tumpahan raksa di dalam bilik berkenaan.

Kerja pembersihan tamat pada jam 9.15 pagi. Nenek dan cucu itu tidak dirujuk ke hospital kerana tidak menyentuh raksa berkenaan.

Berita Harian X