Isnin, 18 Julai 2016 | 3:45pm

1 maut, nahas 5 kenderaan

Seorang lelaki berusia 51 tahun maut selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 13.7 Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), dekat Gombak, pagi tadi.
Seorang lelaki berusia 51 tahun maut selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 13.7 Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), dekat Gombak, pagi tadi.

GOMBAK: Seorang lelaki maut dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 13.7 Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad, berkata Tan Siew Tong, 51, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di badan dan kepala.

"Siasatan awal mendapati sebuah lori membawa muatan pasir dalam perjalanan dari Ampang menghala Kepong terbabas ke laluan bertentangan dan merempuh empat kenderaan lain, termasuk yang dipandu mangsa.

"Tiga pemandu kereta lain tidak mengalami kecederaan, manakala pemandu lori disyaki melarikan diri selepas kemalangan," katanya ketika dihubungi.

Ali berkata, usaha mengesan pemandu lori terbabit giat dilakukan.

Berita Harian X