Jumaat, 1 Julai 2016 | 10:21am

Maut depan pejabat JPAM

MAYAT mangsa kemalangan jalan raya di hadapan pejabat JPAM daerah Kuala Pilah. - Foto Amran Yahya
MAYAT mangsa kemalangan jalan raya di hadapan pejabat JPAM daerah Kuala Pilah. - Foto Amran Yahya

KUALA PILAH: Bunyi dentuman kuat menyebabkan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) daerah ini, meluru keluar dari pejabat mereka sebelum mendapati seorang lelaki terbaring di tepi jalan raya, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.40 pagi di Kilometer 1 Jalan Seremban-Kuala Pilah itu, Soo Geok Suan, 89, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Anggota JPAM daerah, Zulkarnain Basiron, bersama dua anggota berada di pejabat sebagai persediaan bekerja seperti biasa.

"Kami tidak sangka kemalangan jalan raya membabitkan kematian berlaku betul-betul di hadapan pejabat JPAM," katanya, di sini, hari ini.

Mangsa dipercayai berjalan sendirian dari rumahnya di Rumah Pangsa Gentam, dekat sini ke bandar ini sebelum dilanggar dari belakang oleh sebuah kenderaan pelbagai guna.

Zulkarnain dan rakannya membantu mengangkat mayat mangsa yang dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), di sini untuk bedah siasat.

Berita Harian X