Khamis, 23 Jun 2016 | 5:44pm

Remaja cedera tersepit forklift

Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun, cedera kaki kanan selepas jentera forklift yang membawa simen tergelincir dan menghimpitnya, petang tadi. - Foto ihsan bomba
Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun, cedera kaki kanan selepas jentera forklift yang membawa simen tergelincir dan menghimpitnya, petang tadi. - Foto ihsan bomba

ALOR SETAR: Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun, cedera kaki kanan selepas jentera forklift yang membawa simen tergelincir dan menghimpitnya, petang tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 2.15 petang di kedai papan tempat mangsa bekerja di Jalan Gunung Keriang, dekat Sungai Baru, di sini.

Ia menyebabkan mangsa yang tidak sempat mengelak tersepit pada kaki.

Difahamkan, rakan sekerja mangsa cuba menggunakan kayu bagi menjarakkan forklift dari dinding, namun gagal sebelum pihak bomba dihubungi untuk meminta bantuan.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Nur Hafizah Muhammad Lukman, berkata sembilan anggota dengan sebuah jentera bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan pada jam 2.35 petang.

"Pasukan kami mengambil masa kurang lima minit untuk mengeluarkan kaki mangsa yang tersepit antara forklift dan dinding konkrit itu.

"Mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk rawatan lanjut," katanya.

Berita Harian X