Isnin, 20 Jun 2016 | 11:21am
Pasukan bomba sedang mengeluarkan mangsa yang tersepit.
Pasukan bomba sedang mengeluarkan mangsa yang tersepit.
Pasukan bomba sedang mengeluarkan mangsa yang tersepit.
Pasukan bomba sedang mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Lelaki maut kereta bertembung lori ais

Pasukan bomba di lokasi kemalangan di Jalan Leikir-Sitiawan, pagi tadi.
Pasukan bomba di lokasi kemalangan di Jalan Leikir-Sitiawan, pagi tadi.

SITIAWAN: Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya bertembung dengan lori membawa muatan ais di Jalan Lekir-Sitiawan, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, mangsa berusia 30-an meninggal dunia di tempat kejadian selepas cedera parah di beberapa bahagian anggota badan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan, Mohd Zaki Zainol berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.04 pagi sebelum lima anggota diketuai Pegawai Bomba Mustafa Ismail bersama satu jentera ke tempat kejadian.

Katanya, kereta PROTON Saga Aeroback dipandu mangsa dari arah Teluk Intan menghala ke arah Sitiawan dipercayai  bertembung dengan lori dipandu seorang lelaki berusia 50 tahun dari arah bertentangan.

"Bomba mengambil masa 20 minit mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu sebelum menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

"Pemandu lori berkenaan hanya mengalami cedera ringan dan operasi tamat jam 7.25 pagi," katanya.

Berita Harian X