Jumaat, 3 Jun 2016 | 8:25pm

Pemandu maut dihempap jentera penurap jalan

MAYAT Abdul Wahab Hamid yang dihempap jentera penurap jalan berjaya dikeluarkan menggunakan bantuan jentolak. - Foto Ihsan Bomba
MAYAT Abdul Wahab Hamid yang dihempap jentera penurap jalan berjaya dikeluarkan menggunakan bantuan jentolak. - Foto Ihsan Bomba

KULIM: Seorang pemandu jentera penurap jalan maut apabila kenderaan berat itu menghempap dirinya ketika jatuh ke dalam gaung di Kampung Padang Patong, Karangan, dekat sini, petang tadi.

Kejadian dipercayai berlaku pada jam 2.50 petang apabila Abdul Wahab Hamid, 58, sedang memandu jentera penurap jalan itu namun gagal mengawal kenderaan berat terbabit sebelum ia jatuh ke dalam gaung.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Nor Hafizah Mohd Lokman, berkata sebaik tiba di lokasi kejadian pada jam 3.40 petang, pihaknya mendapati jentera tiga tan itu sudah berada dalam gaung menimpa mangsa.

Beliau berkata, pasukan bomba dan penyelamat kemudiannya membantu mengeluarkan mangsa dengan menggunakan bantuan jentolak.

"Bomba mengambil masa hanya kira-kira empat minit membawa mangsa keluar sebelum dikejarkan ke Hospital Kulim untuk bedah siasat, " katanya di sini tadi.

Berita Harian X