X
Isnin, 23 Mei 2016 | 7:10pm

Kelindan maut lori dilanggar kereta

KEADAAN lori mangsa yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 91, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Air Hitam, Dungun. Gambar kecil, Samana Othman. - Foto NSTP
KEADAAN lori mangsa yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 91, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Air Hitam, Dungun. Gambar kecil, Samana Othman. - Foto NSTP

DUNGUN: Kelindan lori maut selepas lori yang dinaikinya dilanggar sebuah kereta di Kilometer 91, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Air Hitam, petang ini.

Dalam kemalangan kira-kira jam 3.15 petang, Samana Othman, 47, maut selepas tercampak keluar daripada lori yang dipandu rakannya.

Kejadian dipercayai berlaku apabila sebuah kereta Honda Jazz dari arah Paka ke Dungun dipercayai terbabas memasuki laluan kanan jalan.

Pada masa sama, kereta terbabit dipercayai melanggar tayar belakang lori yang dinaiki mangsa yang menyebabkan lori beberapa kali terbalik.

Mangsa yang parah di bahagian kepala meninggal dunia serta merta di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaakub ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung dengan kejadian itu.

Berita Harian X