Ahad, 17 April 2016 | 9:42am

Tiga rumah, kereta hangus di Tampin

TAMPIN: Tiga buah rumah dan sebuah kereta musnah dalam kebakaran di Taman Gunung Mas di sini, awal pagi tadi.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tampin, Roslan Sahrani, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.35 pagi dan sepasukan tujuh pegawai serta anggota tiba di lokasi kejadian 20 minit kemudian.

Katanya, mereka turut dibantu sepasukan tujuh pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Rembau.

"Ketika kami tiba, api sudah marak dan kebakaran berjaya dikawal daripada merebak sebelum api dipadamkan sepenuhnya tidak lama kemudian," katanya di sini, hari ini.

Berita Harian X