Jumaat, 1 April 2016 | 9:13am
Pengawal keselamatan yang diculik di hadapan rumahnya, kelmarin, ditemui mati dalam keadaan tertiarap dan tangannya terikat di kebun kelapa sawit berhampiran Jalan Muar- Yong Peng di sini, petang semalam.

Pengawal keselamatan dilarikan ditemui mati

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad

BATU PAHAT: Seorang pengawal keselamatan yang diculik di hadapan rumahnya di Taman Pantai di sini, awal pagi kelmarin, ditemui mati dalam keadaan tertiarap dan tangannya terikat di kebun kelapa sawit berhampiran Jalan Muar-Yong Peng di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad, berkata mayat lelaki berusia 33 tahun itu ditemui orang awam kira-kira jam 6.30 petang.

"Pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan kelar di leher sepanjang kira-kira lima inci pada mayat terbabit.

"Siasatan awal juga mendapati lelaki terbabit adalah individu sama dilaporkan hilang awal pagi Rabu lalu. Laporan kehilangannya dibuat isteri mangsa kira-kira jam 5 petang hari sama.

"Polis sedang menyiasat motif pembunuhan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi lalu, mangsa yang baru hendak ke tempat kerjanya dipercayai diculik di hadapan rumahnya.

Menurut saksi kejadian, berlaku pergelutan sebelum mangsa dilarikan dengan sebuah van.

Berita Harian X