Khamis, 10 March 2016 | 9:40am
BEBERAPA utas dawai yang dijumpai dipercayai diguna untuk menjerat mamalia besar dalam operasi di Sungai Dadek, Taman Negeri Royal Belum.
BEBERAPA utas dawai yang dijumpai dipercayai diguna untuk menjerat mamalia besar dalam operasi di Sungai Dadek, Taman Negeri Royal Belum.

Pendatang asing buru rusa di Royal Belum

TERTUDUH dijatuhi hukuman penjara 20 tahun oleh Mahkamah Tinggi atas tuduhan mendera anak tirinya berusia lima tahun. - Foto Ghazali Kori
TERTUDUH dijatuhi hukuman penjara 20 tahun oleh Mahkamah Tinggi atas tuduhan mendera anak tirinya berusia lima tahun. - Foto Ghazali Kori

GERIK: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak menemui beberapa utas dawai yang digunakan bagi menjerat mamalia besar dalam operasi di Sungai Dadek, Taman Negeri Royal Belum dekat sini, semalam.

Pengarah PERHILITAN Perak, Rozidan Mohd Yassin, berkata operasi dilakukan atas maklumat risikan dan lapan anggota dihantar ke lokasi terbabit yang mengambil masa lapan jam perjalanan melalui denai dan Jalan Raya Timur Barat.

"Operasi bertujuan menangkap kumpulan pemburu termasuk pendatang asing yang dilapor menceroboh Taman Negeri Royal Belum bagi mencari kayu karas dan memasang jerat bagi mamalia besar.

"Bagaimanapun, operasi tidak menemui pendatang dan pemburu asing tetapi mendapati wujud kesan tinggalan mereka seperti tapak perkhemahan dan barang makanan," katanya di sini, hari ini.

Rozidan berkata, pemeriksaan di persekitaran turut menemui empat utas jerat dengan setiap dawai bersaiz 10 milimiter.

Katanya, jerat jenis itu kebiasaannya dibuat bagi memerangkap mamalia besar seperti harimau belang, beruang, rusa dan seladang.

"Ketika pemeriksaan dijalankan, satu daripada jerat terbabit memerangkap seekor rusa.

"Rusa berkenaan dilepaskan dan kami percaya jerat berkenaan dipasang pemburu haram membabitkan pendatang asing," katanya.

Berita Harian X