Selasa, 1 March 2016 | 9:57am

Pemandu cedera bas dirempuh treler

ANGGOTA bomba mengusung mangsa yang tercedera dalam kemalangan itu.
ANGGOTA bomba mengusung mangsa yang tercedera dalam kemalangan itu.

TAIPING: Sebuah bas terbalik akibat dirempuh treler dari belakang di Kilometer 218.5, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dekat sini, pagi tadi.

Kejadian turut menyebabkan pemandu bas cedera.

Difahamkan, bas berkenaan mengalami kerosakan dan dipandu perlahan ke lorong kecemasan sebelum dirempuh treler.

Hanya pemandu berada dalam bas berkenaan ketika kejadian.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Taiping berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.45 pagi dan anggota yang tiba mendapati bas berkenaan terbalik di bahu jalan susulan rempuhan.

"Pemandu bas berkenaan cedera dan anggota menggunakan tangga untuk mengeluarkan serta membawa turun mangsa," katanya di sini, sebentar tadi.

Jurucakap itu berkata, pemandu bas yang cedera diserahkan kepada petugas ambulans untuk menerima rawatan lanjut.

Katanya, operasi tamat jam 7.05 pagi.

Berita Harian X