Selasa, 19 Januari 2016 | 10:59pm

Bungkusan sah tiada bahan letupan

BUNGKUSAN yang disangka mengandungi bahan letupan ditemui dicelah dahan pokok berhampiran Kondominium Putramas 1 di jalan Kuching, di sini.
BUNGKUSAN yang disangka mengandungi bahan letupan ditemui dicelah dahan pokok berhampiran Kondominium Putramas 1 di jalan Kuching, di sini.

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan objek yang ditinggalkan berhampiran Kondominium Putramas 1, petang tadi, tidak mengandungi bahan letupan atau bahan berbahaya lain.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Mohd Sukri Kaman, berkata hasil pemeriksaan Unit Pemusnah Bom (UPB) dan Unit Anjing Pengesan (K9) mendapati objek itu tidak mengandungi sebarang bahan letupan.

"Ia hanyalah bungkusan plastik hitam mengandungi kotak kosong," katanya menerusi satu kenyataan, tadi.

Kewujudan objek berkenaan di celah dahan pokok berhampiran kondominium berkenaan disedari kira-kira jam 5 petang dan mencetuskan kegemparan kerana disangka mengandungi bahan letupan.

Berita Harian X