X
Isnin, 18 Januari 2016 | 12:02pm

Penjaga gol Piala Presiden Perlis maut nahas motosikal

KEADAAN mangsa selepas terbabas lalu melanggar kabel penahan tiang elektrik sebelum merempuh sebuah lori yang diletakkan di bahu jalan.
KEADAAN mangsa selepas terbabas lalu melanggar kabel penahan tiang elektrik sebelum merempuh sebuah lori yang diletakkan di bahu jalan.

ALOR SETAR: Penjaga gol keempat pasukan bola sepak Piala Presiden Perlis maut dalam kemalangan di Jalan Raja Syed Alwi-Titi Chai di sini jam 7.45 pagi tadi.

Mangsa, Mohammad Saiful Niza Nazir, 17, dikatakan sedang dalam perjalanan dari Kangar menghala ke Gunung Medan, Utan Aji dekat sini.

Jurucakap polis daerah Kangar memberitahu, mangsa yang menaiki motosikal jenis Yamaha LC sedang dalam perjalanan untuk menjalani latihan bersama pasukan Perlis di Gunung Medan.

"Mangsa mati di tempat kejadian disebabkan kecederaan parah di bahagian kepala.

"Siasatan awal, mendapati ada kesan brek di bahu jalan dan mangsa dipercayai terbabas ke bahu jalan sebelah kiri lalu melanggar kabel penahan tiang elektrik sebelum merempuh sebuah lori yang diletakkan di bahu jalan," katanya ketika dihubungi di sini, pagi ini.

Berita Harian X