Ahad, 3 Januari 2016 | 11:13am

Cari dua remaja lemas di Desaru diteruskan

LOKASI dua remaja yang lemas di Pantai Awam Desaru. - Foto ihsan bomba
LOKASI dua remaja yang lemas di Pantai Awam Desaru. - Foto ihsan bomba

KOTA TINGGI: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua remaja lelaki yang lemas di Pantai Awam Desaru, di sini, semalam diteruskan pagi ini.

  Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar, Mohd Fadli Ismail, berkata SAR diteruskan pada jam 7.40 pagi tadi, dengan keadaan laut masih bergelora dan ombak mencecah ketinggian hampir empat meter.

  "SAR masih diteruskan di sekitar kawasan pesisir pantai disebabkan keadaan laut yang bergelora dan tiada pencarian dilakukan menggunakan bot penyelamat," katanya ketika dihubungi BH, sebentar tadi.

  Dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, dua remaja berusia 15 tahun iaitu J Moventhan dan N Harishwaran, 15, lemas di pantai berkenaan selepas dihanyutkan ombak.

  Kedua-dua mangsa dikatakan tiba di pantai berkenaan bersama lapan lagi rakan mereka, sebelum kedua-dua mereka dilaporkan hilang dalam air.

Berita Harian X