Jumaat, 1 Januari 2016 | 8:03pm

Lelaki maut jatuh cerun bukit 15 meter

 SEORANG lelaki berusia 52 tahun, maut, selepas terjatuh dari cerun bukit setinggi 15 meter (m) berdekatan Tapak Perkhemahan Taman Rimba, Gunung Jerai, di sini, kira-kira jam 4 petang tadi. - Foto Ihsan Bomba
SEORANG lelaki berusia 52 tahun, maut, selepas terjatuh dari cerun bukit setinggi 15 meter (m) berdekatan Tapak Perkhemahan Taman Rimba, Gunung Jerai, di sini, kira-kira jam 4 petang tadi. - Foto Ihsan Bomba

GURUN: Seorang lelaki berusia 52 tahun, maut, selepas terjatuh dari cerun bukit setinggi 15 meter (m) berdekatan Tapak Perkhemahan Taman Rimba, Gunung Jerai, di sini, kira-kira jam 4 petang tadi.

Mangsa, Ishak Ibrahim, 52, yang berasal dari Kepala Batas, Pulau Pinang, dipercayai sedang melakukan aktiviti riadah, namun tergelincir dan jatuh. Mangsa disahkan meninggal di tempat kejadian.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Guar Chempedak, Penolong Penguasa Bomba, Safuwan Md Saad, berkata pihaknya mendapat laporan berhubung kejadiaan berkenaan pada jam 4.32 petang tadi sebelum menghantar lapan anggota ke lokasi kejadian.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadiaan, pihaknya mendapati mangsa sudah tidak sedarkan diri dan usaha mengeluarkan mangsa dari cerun berkenaan mengambil masa lebih satu jam.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan susulan.

Berita Harian X