Khamis, 24 Disember 2015 | 5:41pm

Remaja OKU ditemui lemas

PENDUDUK mengusung mayat OKU yang lemas dalam tali air di Kampung Padang Mokkan, Peringat di Kota Bharu, Kelantan.
PENDUDUK mengusung mayat OKU yang lemas dalam tali air di Kampung Padang Mokkan, Peringat di Kota Bharu, Kelantan.

KOTA BHARU: Seorang remaja lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU) ditemui lemas dalam tali air di Kampung Padang Mokkan, Peringat, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.45 pagi tadi, mangsa, Mohamad Firdaus Kamarudin, 14, yang lembam dipercayai sedang bermain dengan adiknya sebelum terjatuh ke dalam tali air.

Ketua Unit Pasukan Penyelamat Dalam Air (PDDA) Kota Bharu, Shamsudin Ismail, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.53 pagi dan bergegas ke tempat kejadian bersama 16 anggota.

Katanya, mayat mangsa itu ditemui jam 11.55 pagi dalam tali air sedalam tiga meter oleh anggota Bomba dan Penyelamat, kira-kira 100 meter dari lokasi dia terjatuh.

Mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat.

Berita Harian X