Selasa, 10 November 2015 | 5:17pm

Temui ajal selepas menyamun

KEADAAN kereta Toyota Vios selepas bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Triton milik TNB di Jalan Kuning, Taman Pelangi, malam tadi. - Foto Zulkarnain Ahmad Tajuddin
KEADAAN kereta Toyota Vios selepas bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Triton milik TNB di Jalan Kuning, Taman Pelangi, malam tadi. - Foto Zulkarnain Ahmad Tajuddin

JOHOR BAHRU: Dua lelaki yang baharu saja melakukan samun menemui ajal selepas kereta dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Jalan Kuning, Taman Pelangi di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh, berkata dua suspek yang bersenjatakan parang itu dipercayai menyamun seorang lelaki di Jalan Abiad, Taman Pelangi di sini.

Katanya, kedua-duanya kemudian melarikan diri dengan menaiki Toyota Vios dan kemudian memecut selepas menyedari dikejar mangsa.

"Namun kereta yang dinaiki kedua-dua suspek terbabas ke kanan jalan dan merempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Triton milik TNB," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Berita Harian X