Rabu, 4 November 2015 | 10:57am
ANGGOTA Forensik menjalankan siasatan berkaitan kes pembunuhan di sebuah bengkel berhampiran Plaza Tol Tapah, semalam. - Foto Supian Ahmad
ANGGOTA Forensik menjalankan siasatan berkaitan kes pembunuhan di sebuah bengkel berhampiran Plaza Tol Tapah, semalam. - Foto Supian Ahmad

Suspek dibawa ke lokasi bunuh

POLIS membawa dua suspek utama kes pembunuhan kejam ke lokasi kejadian berhampiran Plaza Tol Tapah di Tapah, bagi membantu siasatan. - Foto Muhaizan Yahya
POLIS membawa dua suspek utama kes pembunuhan kejam ke lokasi kejadian berhampiran Plaza Tol Tapah di Tapah, bagi membantu siasatan. - Foto Muhaizan Yahya

TAPAH: Polis membawa dua suspek utama kes pembunuhan kejam ke lokasi kejadian iaitu di sebuah bengkel kenderaan di Batu 1, Jalan Pahang, berhampiran Plaza Tol Tapah di sini, bagi membantu siasatan bermula jam 10 pagi tadi.

Selain kedua-dua suspek, pasukan penyiasat turut mempergiatkan siasatan dengan membawa masuk jengkaut dan Unit Anjing Pengesan (K9) ke lokasi kejadian.

Media difahamkan siasatan lanjut itu dilakukan bagi mencari bukti fizikal berhubung kes pembunuhan empat mangsa selain kemungkinan terdapat mangsa lain.

Ketika ini pemeriksaan oleh pasukan penyiasat tertumpu di kawasan sebuah stor di belakang rumah didiami suspek dan di kawasan sungai berhampiran bengkel berkenaan.

JENGKAUT digunakan untuk mencari bukti dalam kes pembunuhan kejam di sebuah bengkel kenderaan. - Foto Muhaizan Yahya
JENGKAUT digunakan untuk mencari bukti dalam kes pembunuhan kejam di sebuah bengkel kenderaan. - Foto Muhaizan Yahya

Berita Harian X