Isnin, 19 Oktober 2015 | 12:37pm
GAMBAR fail Datuk Maziah Musa (tengah) ditemani anaknya, pelakon Ummi Nazeera (kiri) bercakap dengan pemberita di luar Mahkamah Rendah Syariah.
GAMBAR fail Datuk Maziah Musa (tengah) ditemani anaknya, pelakon Ummi Nazeera (kiri) bercakap dengan pemberita di luar Mahkamah Rendah Syariah.

Mahkamah bebas ibu Ummi Nazeera

KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret hari ini melepas dan membebaskan ibu kepada pelakon Ummi Nazeera, Datuk Maziah Musa, 51, tanpa dipanggil untuk membela diri daripada tuduhan dengan sengaja memberi keterangan palsu ketika perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah di sini, enam tahun lalu.

Majistret Nur Azura Murah memerintahkan sedemikian terhadap Maziah yang juga ahli perniagaan itu selepas pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap pertuduhan di akhir kes pendakwaan.

Berita Harian X