Khamis, 15 Oktober 2015 | 5:57pm

Peniaga maut, pembantu cedera parah kereta terbabas

KUALA LUMPUR: Seorang peniaga nasi lemak maut manakala pembantunya cedera parah selepas kenderaan yang dinaiki mereka terbabas dan melanggar konkrit pembahagi jalan di Jalan Jelatek di sini, hari ini.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan S Markandan, berkata dalam kejadian pada 7.30 pagi itu, Mohd Razman Abdul Karim, 41, maut di tempat kejadian manakala pembantunya Siti Maryam, 37, cedera parah.

Kereta Toyata Corolla dipandu Mohd Razman dipercayai terbabas dan melanggar pembahagi jalan konkrit di antara Jalan Jelatek dan susur keluar ke Lebuhraya Duke, katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mayat dan mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Kuala Lumpur.

- BERNAMA

Berita Harian X