Sabtu, 10 Oktober 2015 | 10:42am

Lelaki maut dihempap pokok getah

TASEK GELUGOR: Seorang lelaki berusia 40-an maut dihempap pokok getah yang tumbang di Jalan Ara Kuda, akibat angin kencang pagi tadi.

Dalam kejadian itu kira-kira jam 7 pagi, mangsa yang sedang menunggang motosikal melalui jalan terbabit dikatakan tidak sempat mengelak pokok getah yang tiba-tiba tumbang.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, berkata pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan dengan menggunakan sebuah jentera dan enam anggota.

"Sebaik tiba di tempat kejadian, gerakan mengeluarkan mangsa daripada timbunan pokok disegerakan. Mangsa dikeluarkan beberapa minit kemudian tetapi disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan ketika mendapatkan rawatan di hospital," katanya.

Berita Harian X