Selasa, 15 September 2015 | 11:27am

Penganggur dituduh bunuh pegawai polis

SEORANG juvana didakwa di Mahkamah Majistret Batu Pahat atas tuduhan membunuh seorang pegawai polis dalam sekatan jalan raya. - Foto Zulkarnain Ahmad Tajuddin
SEORANG juvana didakwa di Mahkamah Majistret Batu Pahat atas tuduhan membunuh seorang pegawai polis dalam sekatan jalan raya. - Foto Zulkarnain Ahmad Tajuddin

KLUANG: Seorang juvana didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, atas tuduhan membunuh mendiang Asisten Superintendan Margaret Tagum Goen dalam sekatan jalan raya di sini, minggu lalu.

Penganggur berusia 17 tahun itu didakwa dalam kamar di hadapan Majistret Nuruhuda Mohd Yusof.

Tertuduh dituduh membunuh dengan niat Mendiang Margaret di Kilometer 58, Jalan Batu Pahat-Mersing, dekat sini, antara jam 1 pagi hingga jam 2.45 pagi, 6 September lalu.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum mengikut Seksyen 320 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori.

Berita Harian X