Isnin, 7 September 2015 | 12:29pm
ANGGOTA Polis dari IPD Kluang membantu mengusung keranda Mendiang Inspektor Margaret Tagom Goen untuk dihantar ke kampung halamannya di Kampung Bogak, Bau, Kuching. - Foto Adnan Ibrahim
ANGGOTA Polis dari IPD Kluang membantu mengusung keranda Mendiang Inspektor Margaret Tagom Goen untuk dihantar ke kampung halamannya di Kampung Bogak, Bau, Kuching. - Foto Adnan Ibrahim

Jenazah Inspektor Margaret tiba di Kuching

KUCHING: Jenazah Inspektor Margaret Tagum Goen, 32, yang maut dirempuh mat rempit dalam satu sekatan jalan raya di Kluang, Johor pagi semalam selamat tiba di Pangkalan Gerakan Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sarawak, di sini kira-kira jam 11.54 pagi tadi.

Ketibaan jenazah disambut lebih 100 pegawai dan anggota dari Ibu pejabat Polis Kontingen (IPK) Sarawak, termasuk Pesuruhjaya Polis Negeri, Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman.

Margaret yang mengalami kecederaan parah disahkan meninggal dunia di di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang pada jam 12.45 tengah hari selepas dirempuh seorang mat rempit yang cuba meloloskan diri dari ditahan dalam operasi mencegah lumba haram di Kilometer 58, Jalan Batu Pahat-Mersing awal pagi semalam.

Jenazah akan disemadikan di Kampung Bogag, Jalan Serikin, Bau.

Berita Harian X