Selasa, 25 Ogos 2015 | 5:49pm
KEADAAN kereta yang dinaiki seorang guru, Kamal Isham Mahadir, 42 yang maut dalam kemalangan jalan raya di kilometer 18.5 Jalan Kangar-Padang Besar ketika dalam perjalanan untuk bertugas di Sekolah Rendah Felda Mata Air, Padang Besar. - Foto Ihsan Pembaca

Guru maut kereta rempuh pokok

ANGGOTA Bomba dan Penyelamat melihat keadaan jenazah seorang guru, Kamal Isham Mahadir, 42 yang maut dalam kemalangan jalan raya di kilometer 18.5 Jalan Kangar-Padang Besar ketika dalam perjalanan untuk bertugas di Sekolah Rendah Felda Mata Air, Padang Besar. - Foto Ihsan Pembaca

PADANG BESAR: Seorang guru maut apabila kereta yang dipandunya merempuh sebatang pokok di Kilometer 18.2 Jalan Kangar-Padang Besar kira-kira 7.40 pagi di sini, hari ini.

Ketua Polis Padang Besar, Supt Rizani Che Ismail, berkata Kamal Isham Mahadir, 42, dipercayai gagal mengawal kenderaannya akibat jalan licin selepas hujan selain jalan yang berselekoh.

"Guru berkenaan dalam perjalanan pulang dari membeli sarapan pagi meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan dada," katanya semasa dihubungi, hari ini.

Rizani berkata, anggota bomba mengeluarkan guru yang tersepit dalam kenderaannya.

Allahyarham dari Kampung Salang, Jalan Kaki Bukit di sini meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak.

- BERNAMA

Berita Harian X