X
Sabtu, 1 Ogos 2015 | 6:48pm
SEORANG murid Tahun Tiga meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, malam tadi.
SEORANG murid Tahun Tiga meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, malam tadi.

Budak 9 tahun maut disengat tebuan

CHUKAI: Seorang murid Tahun Tiga meninggal dunia petang semalam, selepas empat hari koma akibat disengat tebuan ketika pulang dari sekolah di Paya Berenjut dekat sini.

Dalam kejadian jam 6.20 petang Selasa lalu, murid Sekolah Kebangsaan Mak Lagam, Nur Iman Iqmal Syafizan, 9, terkena sengatan seekor tebuan pada leher, sejurus mangsa turun dari bas sekolah berhampiran rumahnya.

Sengatan tebuan menyebabkan anak ketiga daripada empat beradik terbabit, berjalan pulang dalam keadaan terhuyung-hayang, sebelum disedari bapanya, Syafizan Mohd Sallehuddin, 41, yang kebetulan berada di rumah.

Syafizan berkata, sejurus mengetahui Iman Iqmal disengat tebuan, beliau bergegas memandikan anaknya itu untuk meredakan kesakitan.

"Bagaimanapun, selepas mandi, tiba-tiba dia rebah dan pengsan. Saya bergegas mengejarnya untuk rawatan kecemasan di Hospital Kemaman, namun tiada perubahan.

"Jam 5.45 pagi Rabu, anak saya dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk rawatan lanjut akibat komplikasi dialaminya. Namun dia menghembuskan nafas terakhir jam 5.45 petang semalam," katanya ketika ditemui di rumahnya, hari ini.

Berita Harian X