Rabu, 22 Julai 2015 | 8:27pm
ANGGOTA Bomba memeriksa lokasi seorang kanak-kanak yang tersepit pada eskelator
ANGGOTA Bomba memeriksa lokasi seorang kanak-kanak yang tersepit pada eskelator

Jari kanak-kanak tiga tahun hancur tersepit eskelator

KEADAAN kanak-kanak yang dibawa ke Hospital Pulau Pinang
KEADAAN kanak-kanak yang dibawa ke Hospital Pulau Pinang

GEORGETOWN: Kelima-lima jari tangan kanan kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun hancur akibat tersepit pada eskelator di sebuah pusat beli-belah, di sini, petang tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang ketika mangsa bersama keluarganya mengunjungi pusat beli-belah itu.

Mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) dan kakitangan perubatan mengesahkan jari tangan kanannya hancur akibat tersepit.

Berita Harian X