Sabtu, 20 Jun 2015 | 12:45pm

Tiga maut dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan

KEADAAN kereta Mercedez Benz yang remuk dalam kemalangan maut membabitkan lima kenderaan dan mengorbankan tiga nyawa di KM15 Jalan Seremban-Kuala Pilah atas Jambatan Bukit Putus dekat Seremban kira-kira pukul 9.36 malam tadi.
- Foto BERNAMA
KEADAAN kereta Mercedez Benz yang remuk dalam kemalangan maut membabitkan lima kenderaan dan mengorbankan tiga nyawa di KM15 Jalan Seremban-Kuala Pilah atas Jambatan Bukit Putus dekat Seremban kira-kira pukul 9.36 malam tadi.
- Foto BERNAMA

SEREMBAN: Tiga maut dan lima cedera dalam kemalangan membabitkan lima buah kenderaan di Jalan Seremban-Kuala Pilah, dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP, Muhamad Zaki Harun, berkata dalam kejadian 9.36 malam itu, pemandu kereta Mercedes Benz, L Muthu, 63, dan pemandu kereta Wira Aeroback, Mohd Hafiz Shamsudin, 27, maut di tempat kejadian.

Sementara isteri Muthu, S Duggamah, 58, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, lima yang cedera ialah pemandu kereta Proton Persona Fazrul Anuar Sulaiman, 23, pemandu kereta Toyota Hilux, A Wiiliam Dass, 34, isterinya M Shareenah, 35, dan anak mereka, WD Daveena Isabel berumur setahun dan pemandu kereta Perodua Viva, Khirul Izwan Md Yasin, 24.

"Akibat pelanggaran itu, Khirul Izwan mengalami sakit di dada, Fazrul Anuar pula luka di mata dan muka, Wiiliam Dass terseliuh kaki, Shareenah luka di mulut dan Daveena Isabel luka di tangan kanan. Mereka dihantar HTJS untuk rawatan.

Katanya siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kereta dipandu Muthu hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan dan melanggar sisi kanan kereta dipandu Fazrul Anuar yang menyebabkannya berpusing dan mengakibatkan kemalangan dengan tiga lagi kereta. - BERNAMA

Berita Harian X