Selasa, 12 Mei 2015 | 12:19pm

Mayat lelaki ditemui terapung di Pantai Irama

ANGGOTA JPAM Bachok memeriksa mayat seorang lelaki, Mohd Zulkiflee Mahmod, 43 dari Taman Bentara Kiri, Kota Bharu lengkap berpakaian yang ditemui terapung oleh penduduk kampung di Pantai Irama, Bachok. - Foto ihsan Polis

BACHOK: Mayat seorang lelaki lengkap berpakaian ditemui terapung di Pantai Irama, dekat sini jam 7.48 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Abdul Hamid Che Ahmad, berkata mangsa dikenali sebagai Mohd Zulkiflee Mahmood, 43 dari Taman Bentara Kiri, Jalan Hospital, Kota Bharu.

Katanya, mayat mangsa ditemui penduduk kampung yang kemudiannya menghubungi polis.

"Hasil pemeriksaan awal pada badan mangsa mendapati tiada kesan kecederaan dan unsur-unsur jenayah," katanya ketika dihubungi, pagi tadi.

Abdul Hamid berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu, untuk bedah siasat.

Katanya, kes diklafikasikan sebagai mati lemas.

Berita Harian X