Selasa, 28 April 2015 | 1:20pm

Model sambilan dituduh buat laku lucah

KUALA LUMPUR: Seorang model sambilan yang membuka pakaian di Petaling Street minggu lalu, didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan melakukan perbuatan lucah di tempat awam.

Persana Avril Sollunda, 33, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Zura Syazween Hamizan.

Tertuduh tidak diwakili peguam dan didakwa mengikut Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 29 Mei ini untuk sebutan semula kes.

Persana Avril, yang juga pekerja spa, kelihatan tenang di kandang tertuduh sepanjang prosiding.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa ASP Nom Phot Prackdit.

Pada 23 April lalu, perlakuan Persana Avril yang menanggalkan baju di khalayak ramai dirakam dan disebar di laman sosial sehingga menjadi viral.

Berita Harian X