Isnin, 20 April 2015 | 12:13pm
MUHAMMAD Irshaduddin, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kluang, atas tuduhan membunuh bekas tunangnya, Nursyafikah Ahmad Ismail. - Foto Mohd Azren Jamaludin
MUHAMMAD Irshaduddin, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kluang, atas tuduhan membunuh bekas tunangnya, Nursyafikah Ahmad Ismail. - Foto Mohd Azren Jamaludin

Penganggur dituduh bunuh bekas tunang

KLUANG: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, pagi tadi atas tuduhan menikam bekas tunangnya sehingga maut di kawasan letak kereta sebuah pasar raya besar, di sini, minggu lalu.

Tertuduh, Muhammad Irshaduddin Khalis Nasurudin, 23, hanya mengangguk tanda faham terhadap pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Nuruhuda Yusof.

Laporan sebelum ini menyebut mangsa, Nursyafikah Ahmad Ismail, 20, meninggal dunia selepas ditikam di rusuk kiri dengan pisau oleh bekas tunangnya itu, 10 April lalu.

Dalam kejadian kira-kira 6 petang, mangsa sedang bekerja di pasar raya itu apabila dipercayai berlaku pertengkaran di antara Nursyafikah dengan suspek sebelum kepala Nursyafikah terhentak di sebuah motosikal akibat ditolak suspek.

Polis sebelum ini berkata, mangsa kemudian ditikam di rusuk kiri menggunakan pisau pemotong sayur.

Berita Harian X