Ahad, 29 March 2015 | 4:42pm

Pemandu rentung kereta berlanggar

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu rentung apabila Perodua Myvi yang dipandunya terbakar setelah berlanggar dengan sebuah kereta BMW di Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (Maju Expressway-MEX) pagi tadi.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, DSP S Markandan berkata kereta mangsa didaftar atas nama sorang lelaki di Kuching, Sarawak.

Beliau berkata mangsa dilapor secara tiba-tiba mengubah haluan pemanduannya sehingga berlanggar dengan kereta BMW itu.

Dalam kejadian 6.57 pagi itu, kedua-dua kenderaan dalam perjalanan dari Putrajaya menuju Kuala Lumpur.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khirudin Drahman berkata kereta mangsa terbakar keseluruhannya.

"Mangsa dipercayai tersepit dan gagal menyelamatkan diri selepas keretanya terbakar," katanya. - BERNAMA

Berita Harian X