Ahad, 15 Februari 2015 | 6:42pm

100 warga asing ditahan di stesen bas Melaka Sentral

PENGARAH Imigresen Melaka, Mahpof Mahmood (kiri) bersama Timbalan Pengarah Imigresen (Kawalan) Melaka, Abu Bakar Sidek Hasan menyoal selidik warga asing dalam Operasi Kutip di perhentian bas Melaka Sentral di sini, hari ini. - Foto BERNAMA

MELAKA: Seramai 100 warga asing termasuk enam wanita ditahan dalam operasi bersepadu 'Ops Kutip' hujung minggu di stesen bas Melaka Sentral di Peringgit, di sini, hari ini.

Pengarah Imigresen Melaka, Mahpof Mahmood berkata, kesemua mereka terdiri daripada 32 lelaki dan enam wanita warga Indonesia, 17 lelaki Bangladesh, 16 lelaki Nepal, 11 lelaki Myanmar, lapan lelaki Pakistan, empat lelaki India dan dua lelaki masing-masing warga Sri Lanka, Vietnam dan Filipina.

Beliau berkata, kesemua mereka daripada 550 warga asing yang diperiksa berusia antara 20 hingga 55 tahun.

Katanya, ketika operasi selama lima jam bermula 10 pagi tadi kesemua mereka diperiksa ketika sedang turun dari hentian bas domestik.

ANTARA pendatang tanpa izin yang ditahan Jabatan Imigresen Melaka pada Ops Kutip di Melaka Sentral di Peringgit, di sini, hari ini. - Foto Muhammad Hatim Ab Manan
ANTARA pendatang tanpa izin yang ditahan Jabatan Imigresen Melaka pada Ops Kutip di Melaka Sentral di Peringgit, di sini, hari ini. - Foto Muhammad Hatim Ab Manan

"Kesemua mereka datang dari seluruh Melaka sewaktu bersiar bertemu kawan kerana hari ini adalah hujung minggu," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata, kesemua mereka didapati melakukan kesalahan antaranya memasuki dan tinggal di negara ini tanpa pas atau permit yang sah serta tinggal di negara ini setelah pas atau permit tamat tempoh dan memiliki dokumen palsu. - BERNAMA

Berita Harian X