Isnin, 22 September 2014 | 1:34pm
PENGARAH Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh (dua dari kiri) dan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mohktar Mohd Sharif (tiga dari kiri) menunjukkan senjata api yang dirampas dalam Ops Cantas Khas ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, hari ini. - Foto Mohd Azren Jamaludin

Polis rampas AK-47, pistol, revolver dalam Ops Cantas di Johor

JOHOR BAHRU: Polis merampas senapang AK-47, beberapa pistol semi auto dan revolver serta menahan 14 suspek dalam Ops Cantas Khas di negeri ini pada minggu lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh, berkata dalam serbuan itu, polis turut merampas 433 butir peluru hidup dan 900 gram dadah disyaki heroin daripada suspek yang berusia 20 hingga 36 tahun.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor di sini, sebentar tadi.

Berita Harian X