Rabu, 12 Jun 2024 | 5:49pm
Zii Jia diberi tentangan hebat sebelum tewaskan Sankar Muthusamy Subramanian pada pusingan pertama Terbuka Australia hari ini.
Zii Jia diberi tentangan hebat sebelum tewaskan Sankar Muthusamy Subramanian pada pusingan pertama Terbuka Australia hari ini.

Zii Jia 'berpeluh' di Australia

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia memerlukan masa lebih satu jam sebelum mengesahkan tempat ke pusingan kedua kejohanan badminton Terbuka Australia 2024 hari ini.

Pilihan ketiga kejohanan itu terpaksa bergelut sebelum menundukkan pemain di ranking lebih rendah S Sankar Muthusamy Subramanian dari India 21-16, 18-21, 21-10 dalam perlawanan berlangsung lebih satu jam di Sydney Olympic Park.

Pemain negara berusia 26 tahun itu akan berdepan rakan senegara Soong Joo Ven yang menyingkirkan pencabar dari Kanada, Victor Lai 21-16, 21-16 dalam satu lagi perlawanan pusingan pertama hari ini.

Perseorangan wanita negara K. Letshanaa melangkah ke pusingan kedua selepas mudah mengatasi wakil tuan rumah Ira Sameer Acharya 21-6, 21-5.

Menanti Letshanaa di pusingan kedua ialah pemain Taiwan, Pai Yu Po yang menundukkan Imad Faroouiq Samiya dari India, 23-21, 13-21, 24-22.

Turut melangkah ke pusingan kedua, beregu campuran Tan Kian Meng-Lai Pei Jing yang mengetepikan gandingan tuan rumah Ephraim Stephen Sam-Dania Nugroho 21-13, 21-13.

Pilihan kelima kejohanan dijadual berdepan tugas sukar apabila bertemu pilihan pertama dari China, Jiang Zheng Bang-Wei Ya Xin.

Keputusan lain

--------------------

(Nota: pemain Malaysia kecuali dinyatakan)

Perseorangan Wanita:

Anupama Upadhyaya (INA) mn Wong Ling Ching 21-12, 21-16

Beregu campuran:

Yap Roy King-Valeree Siow mn Vicent Lawrencio-Louisa Ma (AUS) 21-4, 21-5

Kona Tarun- Sri Krishna Priya Kudaravalli (IND) mn Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin 21-6, 21-11

[8] Reddy B. Sumeeth- Reddy Sikki (IND) mn Wong Tien Ci- Lim Chiew Sien 21-17, 21-19

Choong Hon Jian-Go Pei Kee mn [4] Rehan Naufal Kusharjanto-Lisa Ayu Kusumawati (INA) 21-24, 21-17, 21-14

Beregu Lelaki:

Keane Chok Ken Wei- Andy Yew Tung Kok mn Pit Seng Low-Toby Wong (AUS) 21-8, 21-12

- BERNAMA

Berita Harian X