Khamis, 30 Mei 2024 | 4:54pm
Roslie ketuai cabaran acara perseorangan lelaki di BAJC 2024 bulan depan.
Roslie ketuai cabaran acara perseorangan lelaki di BAJC 2024 bulan depan.

Roslie, Xin Yee ketuai cabaran di Yogyakarta

KUALA LUMPUR: Juara bawah 18 tahun kebangsaan dalam acara perseorangan lelaki dan perempuan, Roslie Razeeq Danial dan Ong Xin Yee akan mengetuai cabaran Malaysia ke Kejohanan Badminton Remaja Asia (BAJC) 2024 di Yogyakarta, Indonesia dari 28 Jun hingga 7 Julai ini.

Kedua-dua pemain itu antara 22 pemain yang dipilih bagi menggalas cabaran skuad remaja negara di Yogyakarta menerusi pemilihan yang diadakan awal bulan ini.

Antara pemain lain yang turut tersenarai Sng Wei Xing (perseorangan lelaki), Aaron Tai-Kang Khai Xing (beregu lelaki) dan Siti Zulaikha Azmi (perseorangan wanita).

Timbalan Presiden 1 BAM Datuk V Subramaniam, berkata pemain yang terpilih diharapkan mampu menyerlahkan potensi sebenar mereka pada saingan BAJC kali ini.

"Pemain yang terpilih ini berpeluang untuk buktikan diri mereka menentang pemain Asia pada pertandingan tahap tinggi," katanya.

Sementara itu, Xin Yee, berkata dia menetapkan sasaran untuk memenangi pingat dalam kejohanan kali ini.

"Sasaran utama saya tahun ini adalah untuk memenangi pingat di Kejohanan Remaja Asia.

"Ketika ini, saya sedang fokus untuk meningkatkan lagi kekuatan fizikal saya dan untuk buat pukulan yang konsisten," katanya.

Senarai pemain BAJC 2024

Perseorangan Lelaki: Roslie Razeeq Danial, Sng Wei Ming, Kong Zhou Swin, Muhammad Faiq Masawi

Perseorangan Wanita: Ong Xin Yee, Siti Zulaikha Azmi, Oo Shan Zi, Dania Sofea Zaidi

Beregu Lelaki: Aaron Tai, Kang Khai Xing, Lok Hong Quan, Goh Yi Qin, Loh Zhi Heng, Tan Zhi Yang, Redzuan Ahmad, Isyraf Hafizin

Beregu Wanita: Carmen Ting, Nicole Chau, Tan Zhing Hui, Clarissa San, Noraqilah Maisarah Ramdan

Beregu Campuran: Lok Hong Quan, Goh Yi Qin, Clarissa San, Dania Sofea Azidi, Noraqilah Maisarah Ramdan, Datu Anif Datu Asrah

Berita Harian X