Ahad, 19 Mei 2024 | 6:28pm
Pemain perseorangan profesional lelaki negara, Lee Zii Jia memegang trofi selepas menewaskan jaguh Hong Kong, Ng Ka Long Angus pada Terbuka Thailand, hari ini. - Foto AFP
Pemain perseorangan profesional lelaki negara, Lee Zii Jia memegang trofi selepas menewaskan jaguh Hong Kong, Ng Ka Long Angus pada Terbuka Thailand, hari ini. - Foto AFP

Gelaran Terbuka Thailand jadi bekal Zii Jia harungi Masters Malaysia

KUALA LUMPUR: Gelaran di Terbuka Thailand 2024 diraih pemain perseorangan profesional lelaki negara, Lee Zii Jia bakal menjadi bekalannya untuk mengharungi Masters Malaysia 2024 yang dijadual berlangsung di Arena Axiata, Selasa ini.

Zii Jia yang merekodkan gelaran di Thailand buat kali kedua selepas muncul juara pada 2022 berkata, kemenangan pertamanya bagi musim 2024 itu sudah tentunya akan meningkatkan keyakinannya bagi mengharungi Masters Malaysia di laman sendiri.

Sejak tiga musim kebelakangan, Masters Malaysia yang bertaraf Super 500 itu tidak pernah menyajikan keputusan menyebelahi Zii Jia dengan pada tahun lalu, pemain berusia 26 tahun itu tersingkir seawal pusingan kedua di tangan pemain Taiwan, Lin Chun-Yi.

Zii Jia tidak menyertai kejohanan itu pada 2022 namun pada 2020 menyaksikan dirinya berjaya mara ke separuh akhir sebelum tewas di tangan pemain Jepun yang muncul juara pada ketika itu, Kento Momota.

Pemain perseorangan profesional lelaki negara, Lee Zii Jia meraikan kemenangan selepas menewaskan jaguh Hong Kong, Ng Ka Long Angus pada Terbuka Thailand, hari ini. - Foto AFP
Pemain perseorangan profesional lelaki negara, Lee Zii Jia meraikan kemenangan selepas menewaskan jaguh Hong Kong, Ng Ka Long Angus pada Terbuka Thailand, hari ini. - Foto AFP

"Ia (gelaran di Thailand) akan meningkatkan keyakinan saya, kejohanan seterusnya di laman sendiri jadi saya harap akan dapat kekalkan momentum dan keyakinan ini," kata Zii Jia kepada BWF, hari ini.

Zii Jia yang berada di ranking ke-10 dunia meraih kejuaraan pertamanya musim ini di Terbuka Thailand selepas menewaskan jaguh Hong Kong, Ng Ka Long Angus 21-11, 21-10 dalam tempoh 34 minit.

"Saya fikir ia adalah prestasi terbaik setakat ini terutamanya untuk musim ini. Dari pusingan pertama sehingga final, saingan agak sengit dan sudah tentunya gelaran ini memberi banyak makna buat diri saya," katanya.

Zii Jia (kanan) yang berada di ranking ke-10 dunia meraih kejuaraan pertamanya musim ini di Terbuka Thailand selepas menewaskan jaguh Hong Kong, Ng Ka Long Angus 21-11, 21-10 dalam tempoh 34 minit. - Foto AFP

Berita Harian X