Khamis, 2 Mei 2024 | 7:58pm
Pemain perseorangan lelaki kedua negara, Leong Jun Hao mengatasi wakil Jepun, Koki Watanabe pada aksi suku akhir Piala Thomas. - Foto BAM
Pemain perseorangan lelaki kedua negara, Leong Jun Hao mengatasi wakil Jepun, Koki Watanabe pada aksi suku akhir Piala Thomas. - Foto BAM

Jun Hao mudah atasi Watanabe

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki kedua negara, Leong Jun Hao kembali meletakkan Malaysia 2-1 di depan selepas mengatasi wakil Jepun, Koki Watanabe pada aksi suku akhir Piala Thomas, sebentar tadi.

Corak permainan menyerang dan bertahan yang baik memberi kelebihan buat Jun Hao apabila dia mencatat kemenangan ke atas Koki 21-13, 21-10 dalam tempoh 35 minit pada aksi di Pusat Sukan Chengdu High-Tech Zone, China.

Kemenangan itu menyaksikan Jun Hao yang berada di ranking ke-37 dunia berjaya melunaskan dendamnya ke atas lawan di ranking ke-22 itu selepas tewas dalam pertemuan terakhir mereka di Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) di Shah Alam, Februari lalu.

Dengan keputusan itu, Malaysia kini mengharapkan beregu lelaki, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei mampu menghadiahkan mata kemenangan apabila bertemu Akira Koga-Taichi Saito.

Terdahulu, pemain perseorangan lelaki pertama negara, Lee Zii Jia menyumbang mata pertama Malaysia selepas menewaskan Kenta Nishimoto tetapi gandingan utama, Aaron Chia-Soh Wooi Yik tewas di tangan Takuro Hoki-Yugo Kobayashi.

Berita Harian X