Khamis, 2 Mei 2024 | 5:53pm
Perseorangan lelaki pertama negara, Lee Zii Jia meraih mata pertama dalam aksi suku akhir Piala Thomas menentang Jepun. - Foto BERNAMA
Perseorangan lelaki pertama negara, Lee Zii Jia meraih mata pertama dalam aksi suku akhir Piala Thomas menentang Jepun. - Foto BERNAMA

Zii Jia mudah 'titik' Nishimoto, sumbang mata pertama

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia tidak berdepan masalah untuk menumbangkan wakil Jepun, Kenta Nishimoto sekali gus menyumbang mata pertama Malaysia pada aksi suku akhir Piala Thomas, sebentar tadi.

Pada aksi yang berlangsung di Pusat Sukan Chengdu High-Tech Zone, China itu, Zii Jia yang menduduki ranking ke-10 dunia mencatat kemenangan 21-13, 21-3 dalam tempoh 33 minit.

Zii Jia mempamerkan kehebatannya sejak dari awal perlawanan dan permainannya semakin garang di set kedua apabila tidak memberi peluang langsung kepada Nishimoto untuk mengutip mata.

Kemenangan itu adalah yang kelapan secara keseluruhan dan yang kedua berturut-turut Zii Jia ke atas Nishimoto.

Aksi pemain perseorangan lelaki Jepun, Kenta Nishimoto ketika menentang pemain negara, Lee Zii Jia pada peringkat suku akhir Kejohanan Badminton Piala Thomas 2024 di Pusat Sukan Chengdu High-tech Zone, hari ini. - Foto BERNAMA

Jepun menurunkan Nishimoto berbanding pemain utama mereka, Kodai Naraoka selepas pemain nombor enam dunia itu dilaporkan tidak cergas untuk beraksi dalam perlawanan, hari ini.

Aksi seterusnya adalah membabitkan pertembungan antara dua bekas juara dunia dengan Malaysia diwakili beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang akan bertemu Takuro Hoki-Yugo Kobayashi.

Aksi pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia ketika menentang pemain Jepun, Kenta Nishimoto pada peringkat suku akhir Kejohanan Badminton Piala Thomas 2024 di Pusat Sukan Chengdu High-tech Zone, hari ini. - Foto BERNAMA

Berita Harian X