Rabu, 1 Mei 2024 | 2:51pm
Aksi pemain perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei ketika menentang pemain Australia, Tiffany Ho dalam saingan Kumpulan B Kejohanan Badminton Piala Uber 2024 di Pusat Sukan Chengdu High-tech Zone hari ini. - Foto BERNAMA

Piala Uber: Skuad negara 'smash' Australia

CHENGDU, China: Malaysia menutup kempen Piala Uber 2024 dengan kemenangan 4-1 ke atas Australia pada perlawanan terakhir Kumpulan B di Pusat Sukan Chengdu High-Tech Zone di sini hari ini.

Malaysia mendahului dalam perlawanan pembukaan menerusi pemain perseorangan wanita profesional negara Goh Jin Wei yang menewaskan Tiffany Ho, 21-6, 21-12.

Jin Wei kembali menyertai skuad kebangsaan menggantikan K Letshanaa selepas direhatkan ketika Malaysia tewas 0-5 kepada naib juara 2018, Thailand.

Bagaimanapun pasangan utama Australia yang juga beregu ranking ke-32 dunia, Setyana Mapasa-Angela Yu menyamakan kedudukan selepas mengatasi gandingan Teoh Mei Xing-Go Pei Kee, 21-15, 21-17 dalam tempoh 37 minit.

Aksi pemain beregu wanita negara, Go Pei Kee (dua, kanan) dan Teoh Mei Xing (dua, kiri) ketika menentang beregu Australia, Setyana Mapasa dan Angela Yu dalam saingan Kumpulan B Kejohanan Badminton Piala Uber 2024 di Pusat Sukan Chengdu High-tech Zone hari ini. - Foto BERNAMA

Aksi pemain perseorangan wanita negara, Wong Ling Ching ketika menentang pemain Australia Sydney Tjonadi dalam saingan Kumpulan B Kejohanan Badminton Piala Uber 2024 di Pusat Sukan Chengdu High-Tech Zone hari ini. - Foto BERNAMA

Pemain perseorangan kedua negara Wong Ling Ching tidak berdepan masalah mengenepikan cabaran Sydney Tjonadi 21-16, 21-3 dalam masa 31 minit untuk Malaysia kembali mendahului kedudukan.

Beregu kedua negara Ho Lo Ee-Tan Zhing Yi kemudian berjaya mengharungi rubber set untuk menundukkan pasangan Kaitlyn Ea-Gronya Somerville 21-12, 13-21, 21-10 bagi mengesahkan mata kemenangan skuad negara.

Siti Zulaikha Muhammad Azmi yang membuat penampilan sulung, membalas kepercayaan diberikan pasukan kejurulatihan apabila menamatkan saingan Malaysia dengan mengatasi Isabella Yan 21-10, 21-10.

Meskipun mencatat kemenangan, Malaysia gagal layak ke suku akhir selepas tewas kepada Taiwan dan Thailand sebelum ini.

Kali terakhir Malaysia mara ke suku akhir Piala Uber ialah pada edisi 2010. - BERNAMA

Aksi pemain perseorangan wanita negara, Siti Zulaikha ketika menentang Isabella Yan dari Australia dalam saingan Kumpulan B Kejohanan Badminton Piala Uber 2024 di Pusat Sukan Chengdu High-Tech Zone hari ini. Keputusan perlawanan Siti Zulaikha menang 21-10 dan 21-10. - Foto BERNAMA

Berita Harian X