Sabtu, 13 April 2024 | 2:12pm
Izzuddin-Sze Fei mara ke final BAC hari ini selepas tundukkan Aaron-Wooi Yik.
Izzuddin-Sze Fei mara ke final BAC hari ini selepas tundukkan Aaron-Wooi Yik.

Izzuddin-Sze Fei mara ke final, kejutkan Aaron-Wooi Yik

KUALA LUMPUR: Gandingan, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei bikin beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menggigit jari apabila menewaskan mereka untuk melangkah ke final Kejohanan Badminton Asia (BAC) di Ningbo, China, sebentar tadi.

Pada pertembungan separuh akhir membabitkan dua wakil Malaysia itu, Izzuddin-Sze Fei menampilkan prestasi terpuji untuk melakar kemenangan 21-14, 21-18 ke atas Aaron-Wooi Yik dalam tempoh 40 minit.

Sebagai rekod, ini adalah kemenangan kedua Izzuddin-Sze Fei ke atas Aaron-Wooi Yik dalam lapan pertemuan.

Pasangan ranking ke-19 dunia itu akan berdepan pemenang perlawanan antara pasangan China, Liang Wei Keng-Wang Chang dengan beregu Taiwan, Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan bagi perebutan gelaran juara, esok.

Sebagai rekod, kali terakhir Malaysia muncul juara beregu lelaki di BAC adalah menerusi gandingan Choong Tan Fook-Lee Wan Wah pada edisi 2007 sekali gus mempertahankan kejuaraan dimenangi mereka setahun sebelum itu.

Berita Harian X