Ahad, 31 March 2024 | 7:17am
Pemain skuasy wanita negara, S Sivasangari menewaskan pemain nombor satu dunia dari Mesir, Nour El Sherbini 11-9, 11-9 di London, lewat malam tadi. – Foto Twitter PSA World Tour
Pemain skuasy wanita negara, S Sivasangari menewaskan pemain nombor satu dunia dari Mesir, Nour El Sherbini 11-9, 11-9 di London, lewat malam tadi. – Foto Twitter PSA World Tour

Sivasangari singkir pemain nombor satu dunia

KUALA LUMPUR: Pemain skuasy wanita negara, S Sivasangari mempamerkan aksi luar biasa pada suku akhir kejohanan Klasik London 2024 apabila menewaskan pemain nombor satu dunia dari Mesir, Nour El Sherbini 11-9, 11-9 di London, lewat malam tadi.

Kejayaan pemain ranking ke-16 dunia itu turut menempa sejarah tersendiri apabila muncul sebagai pemain terkini di luar ranking kelompok 10 terbaik yang berjaya menundukkan El Sherbini sejak 2015.

Bintang skuasy wanita negara S Sivasangari bagaikan tidak percaya selepas menundukkan Nour El Sherbini pada suku akhir Klasik London lewat malam tadi. – Foto PSA World Tour
Bintang skuasy wanita negara S Sivasangari bagaikan tidak percaya selepas menundukkan Nour El Sherbini pada suku akhir Klasik London lewat malam tadi. – Foto PSA World Tour

Kali terakhir Sherbini tewas di tangan lawan di luar kelompok 10 terbaik dunia adalah pada 2015 yang menyaksikan pemain berusia 28 tahun itu kecundang di tangan pemain dari Hong Kong, Annie Au.

"Saya masih tidak percaya. Ia (perlawanan) berlangsung sangat pantas dan saya tidak tahu apa yang berlaku di gelanggang, menewaskan pemain nombor satu dunia," kata Sivasangari dalam laman web Jelajah Dunia PSA.

Pemain skuasy wanita negara, S Sivasangari (kiri) menewaskan pemain nombor satu dunia dari Mesir, Nour El Sherbini 11-9, 11-9 di London, lewat malam tadi. – Foto Twitter PSA World Tour

"Saya sangat menghormatinya... seorang pemain yang sudah meraih tujuh kali gelaran dunia, ia sesuatu yang menakjubkan. Saya menghormatinya tetapi hari ini, saya hanya turun ke gelanggang, menikmati permainan dan semua perancangan permainan berlangsung dengan baik.

"Dia juga seorang pemain terbaik dalam jelajah dan sangat berbakat. Untuk menewaskan seorang pemain yang sebegitu, saya bermain dengan sebaik-baik perancangan. Saya cuba kekal fokus dalam permainan berbanding memikirkan lawan.

"Saya dapat menggunakan seluruh kelebihan saya dengan corak permainan serangan."

Sivasangari, 25, akan bertemu pemain Belgium yang berada di ranking keempat dunia, Nele Gilis pada separuh akhir, malam ini.

Berita Harian X