Rabu, 28 Februari 2024 | 12:15pm
Bintang tenis Greece, Stefanos Tsitsipas kini menghuni ranking ke-12 dunia. – Foto REUTERS
Bintang tenis Greece, Stefanos Tsitsipas kini menghuni ranking ke-12 dunia. – Foto REUTERS

Tsitsipas derma RM4,760 satu servis ace

MEXICO CITY: Bintang tenis Greece, Stefanos Tsitsipas berjanji untuk menyumbang AS$1,000 (RM4,760) bagi setiap servis ace dilakukannya sepanjang Terbuka Mexico bagi membantu projek pembangunan semula Acapulco susulan kerosakan teruk disebabkan Taufan Otis Oktober lalu.

Sekurang-kurangnya 50 orang terkorban apabila Otis, taufan paling kuat pernah melanda pantai Pasifik Mexico, membadai Acapulco.

Taufan itu turut menyebabkan kerosakan bernilai berbilion dolar dengan lebih 130,000 rumah musnah atau rosak teruk.

"Saya akan menderma seribu dolar bagi setiap ace yang saya lakukan minggu ini," kata pemain nombor 12 dunia itu dalam video yang disiarkan di platform media sosial kejohanan, sambil menambah wang terkumpul akan diserahkan kepada program bantuan untuk Acapulco.

Terbuka Mexico berlangsung dari 26 Februari hingga 2 Mac dan menampilkan antaranya pemain Jerman, Alexander Zverev, Holger Rune (Denmark), Casper Ruud (Norway) dan Frances Tiafoe (AS). – REUTERS

Berita Harian X