Rabu, 14 Februari 2024 | 10:40pm
Pemain beregu lelaki negara Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri ketika menentang pemain Kazakhstan, Ratmir Gilmanov-Ibray Bayken pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia di Pusat Konvensyen Setia City. NSTP/ASWADI ALIAS
Pemain beregu lelaki negara Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri ketika menentang pemain Kazakhstan, Ratmir Gilmanov-Ibray Bayken pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia di Pusat Konvensyen Setia City. NSTP/ASWADI ALIAS

Taiwan ujian sebenar

SHAH ALAM: Skuad lelaki negara berdepan ujian sebenar apabila bertemu Taiwan pada aksi terakhir Kumpulan B di Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024, esok.

Selepas mudah membenam pasukan kerdil dalam dua perlawanan awal - Brunei dan Kazakhstan - aksi bertemu Taiwan disifatkan cukup getir yang menjadi penentuan untuk gelaran juara kumpulan.

Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky, berkata perlawanan menentang Taiwan sememangnya menjadi fokus utama pasukan.

"Sebenarnya semua orang terutama pemain memberi tumpuan kepada aksi terakhir ini, begitu juga dengan Taiwan.

"Dari sudut pasukan mereka, ia sama seperti kita (ternanti-nanti aksi terakhir peringkat kumpulan)," katanya.

Menurut Rexy, barisan kejurulatihan bukan sahaja akan fokus mempersiapkan dari segi teknik tetapi turut memberi tumpuan kepada kekuatan mental mereka.

"Bagi aksi ini kami bukan sahaja perlu mempersiapkan dari segi teknik untuk berdepan dengan mereka tetapi terarah bagaimana kami menguruskan mental pemain bagi sentiasa dahagakan kemenangan di dalam gelanggang.

"Jadi kami akan duduk bersama dan sentiasa meningkatkan motivasi pemain menjelang perlawanan itu nanti," kata Rexy.

Mengulas mengenai tahap kecergasan perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong yang kembali ke gelanggang selepas pulih daripada kecederaan otot belakang, Rexy memberitahu barisan kejurulatihan sentiasa memantau keadaan pemain itu.

"Buat masa sekarang kita sudah melihat dia beraksi menentang Brunei (semalam), jadi kita akan duduk berbincang lagi dalam masa sama mempersiapkan Lee Zii Jia, Leong Jun Hao dan Eogene Ewe. Jika kita terlalu menekannya bimbang mendatangkan risiko pada kecederaannya.

"Kita juga harus melihat kejohanan selepas ini yang juga penting buat Tze Yong dalam mengumpul mata kelayakan ke Sukan Olimpik," katanya.

Kejohanan Badminton Berpasukan Asia

Esok

Lelaki

Kumpulan A

China mln India, 1 tgh

Kumpulan B

Kazakhstan mln Brunei, 1 tgh

Malaysia mln Thailand, 5 ptg

Kumpulan C

Jepun mln Thailand, 5 ptg

Singapura mln Myanmar, 5 ptg

Kumpulan D

Indonesia mln Korea, 1 tgh

UAE mln Arab Saudi, 1 tgh

Wanita

Kumpulan X

Indonesia mln Hong Kong, 9 pagi

Kumpulan Y

Malaysia mln Thailand, 9 pagi

Kumpulan Z

Jepun mln Taiwan, 9 pagi

*Semua perlawanan di Pusat Konvensyen Setia Alam

Berita Harian X