Rabu, 17 Januari 2024 | 4:55pm
Antara peserta cilik yang menyertai Kejohanan Badminton Tertutup MILO-Quick Advance Cargo-SKBA di Pusat Sukan Lavana 2, Subang baru-baru ini.
Antara peserta cilik yang menyertai Kejohanan Badminton Tertutup MILO-Quick Advance Cargo-SKBA di Pusat Sukan Lavana 2, Subang baru-baru ini.

MILO-Quick Advance Cargo-SKBA medan cungkil pemain cilik

KUALA LUMPUR: MILO, jenama sejenis minuman berasaskan coklat dan malt, terus berjuang untuk meningkatkan taraf sukan di peringkat akar umbi serta membangkitkan semangat perpaduan menerusi sukan di negara ini.

Penganjuran Kejohanan Badminton Tertutup MILO-Quick Advance Cargo-SKBA di Akademi Badminton SK (SKBA) di Pusat Sukan Lavana 2, Subang baru-baru ini antara usaha untuk memenuhi aspirasi itu.

Seramai 208 peserta dari berbilang kaum berusia dari enam hingga 18 tahun menyertai kejohanan itu.

Lima kategori umur (B-8, B-10, B-12, B-15 dan B-18) dipertandingkan dengan objektif untuk mencungkil pemain berbakat dari peringkat umur mereka.

Semangat setia kawan, keazaman dan kecekalan dipamerkan oleh semua peserta.
Semangat setia kawan, keazaman dan kecekalan dipamerkan oleh semua peserta.

Semangat setia kawan, keazaman dan kecekalan dipamerkan oleh semua peserta pada kejohanan kali ini.

Pengurus Pemasaran Sukan MILO, Lim Kerwin berkata: "Saya amat percaya dengan pembangunan atlet muda dari peringkat akar umbi dan amat memerlukan sokongan dan kerjasama badan sukan di peringkat daerah dan negeri.

"Dengan membina asas yang kukuh dan memupuk kemahiran serta minat mereka terhadap sukan badminton, kami dapat memastikan masa depan yang cerah bagi atlet muda ini dan menanam nilai-nilai yang terkandung dalam sukan untuk membentuk watak seperti disiplin, ketekunan dan kegigihan."

SKBA, akademi dan tempat berlangsungnya kejohanan itu, ditubuhkan pada tahun 2014 oleh Ting Sing Kiat dan Ting Sing Ben, menjadi gelanggang latihan lebih 500 pemain muda.

Bakat remaja, Liew Xin Yan, 11, mengungguli kategori B-12 manakala Chan Ejer meraih gelaran juara kategori B-10 dan Nur Dhiandra Mohd Ribhan, 8, muncul juara kategori B-8.

Antara aksi hebat peserta.
Antara aksi hebat peserta.

Berita Harian X