Khamis, 20 Julai 2023 | 8:05pm
Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei meneruskan rentak cemerlang apabila layak ke suku akhir Terbuka Korea di Yeosu, hari ini. – Foto Badminton Photo
Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei meneruskan rentak cemerlang apabila layak ke suku akhir Terbuka Korea di Yeosu, hari ini. – Foto Badminton Photo

Izzuddin-Sze Fei mara, Aaron-Wooi Yik terkandas

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei semakin 'bernafsu' tinggi selepas kembali 'rujuk' sebagai gandingan apabila mengesahkan kemaraan ke suku akhir Terbuka Korea, hari ini.

Kejayaan itu hadir selepas juara Terbuka Amerika Syarikat (AS) berkenaan mengatasi rakan senegara yang juga pilihan keenam, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi 25-23, 21-15 pada aksi pusingan kedua di Stadium Jinnam, Yeosu.

Bagaimanapun, tugas getir menanti Izzuddin-Sze Fei esok apabila dijadual berdepan pasangan nombor satu dunia dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto.

Fajar-Rian mara selepas menundukkan gandingan Taiwan, Lu Ching Yao-Yang Po Han 21-19, 21-15.

Sementara itu, nasib tidak menyebelahi beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang tersingkir di pusingan kedua, hari ini.

Aaron-Wooi Yik tersingkir di pusingan kedua Terbuka Korea semalam.
Aaron-Wooi Yik tersingkir di pusingan kedua Terbuka Korea semalam.

Juara dunia itu terpaksa akur tewas di tangan Keiichiro Matsui-Yoshinori Takeuchi dari Jepun 21-19, 18-21, 19-21.

Skrip sama turut dialami pemain perseorangan wanita negara, K Letshanaa yang tidak dapat menandingi kehebatan jaguh Taiwan, Tai Tzu Ying apabila tewas 15-21, 5-21.

Berita Harian X