Isnin, 29 Mei 2023 | 2:01pm
Chong Wei (kiri) menenangkan Pearly selepas kekalahan di final Masters Malaysia, semalam. - Tangkap layar video FB BAM
Chong Wei (kiri) menenangkan Pearly selepas kekalahan di final Masters Malaysia, semalam. - Tangkap layar video FB BAM

Tindakan Chong Wei tenangkan Pearly curi tumpuan

KUALA LUMPUR: Tindakan Datuk Lee Chong Wei menenangkan pemain beregu wanita negara, Pearly Tan selepas kekalahan dia dan pasangannya, M Thinaah di final Masters Malaysia, semalam mencuri perhatian warganet.

Pada aksi final yang berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil itu menyaksikan Pearly-Thinaah yang berjuang habis-habisan terpaksa akur dengan kekalahan di tangan pasangan Korea Selatan, Baek Ha Na, Lee Soo Hee 20-22, 21-8, 17-21.

Menerusi video yang dikongsikan di Facebook rasmi Persatuan Badminton Malaysia (BAM), semalam, Chong Wei dilihat cuba menenangkan Pearly yang mengalirkan air matanya susulan kekalahan berkenaan sambil memeluk pemain berusia 23 tahun itu.

Tindakan Chong Wei itu mendapat mendapat maklum balas positif oleh warganet yang memuji tindakan yang dilakukan bekas pemain nombor satu dunia berkenaan.

Setakat jam 1.30 tengah hari tadi, video berkenaan sudah ditonton 144,000 pelayar internet, 8,300 tanda suka, 412 perkongsian dan mendapat 373 komen.

Pemain beregu wanita Malaysia, Pearly Tan dan M Thinaah ketika beraksi menentang beregu Korea, Baek Ha Na, Lee Soo Hee di Axiata Arena Bukit Jalil, semalam. - NSTP/Eizairi Shamsudin
Pemain beregu wanita Malaysia, Pearly Tan dan M Thinaah ketika beraksi menentang beregu Korea, Baek Ha Na, Lee Soo Hee di Axiata Arena Bukit Jalil, semalam. - NSTP/Eizairi Shamsudin

Pemain beregu Korea Selatan, Baek Ha Na dan Lee So Hee dan pemain negara Pearly Tan cuba memujuk pemain negara, M Thinaah selepas tewas kepada beregu Korea Selatan pada perlawanan akhir Masters Malaysia 2023 di Axiata Arena Bukit Jalil, semalam. - Foto BERNAMA

Sementara itu, legenda skuasy negara, Datuk Nicol Ann David turut menitipkan ucapan tahniah dan memberikan kata-kata semangat buat Pearly-Thinaah.

"Kedua-dua wanita ini berjuang dengan seluruh hati dan membuatkan kita berbangga dengan mereka. Terima kasih untuk segala-galanya yang anda berdua telah sumbangkan untuk negara Malaysia," tulis Nicol di laman Instagram miliknya.

Pemain beregu Korea Selatan, Baek Ha Na dan Lee So Hee bergambar bersama trofi dan pingat. - Foto BERNAMA
Pemain beregu Korea Selatan, Baek Ha Na dan Lee So Hee bergambar bersama trofi dan pingat. - Foto BERNAMA

Berita Harian X