Khamis, 25 Mei 2023 | 5:13pm
Pemain beregu wanita Malaysia, Pearly Tan dan M Thinaah selepas menang mengatasi gandingan Jepun, Rena Miyaura dan Ayako Sakuramoto pada pusingan kedua Masters Malaysia di Axiata Arena, Bukit Jalil. NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN

Pearly Tan-M Thinaah tempah slot suku akhir

KUALA LUMPUR: Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah menyerap sokongan padu di laman sendiri dekat Axiata Arena seterusnya melangkah ke pusingan suku akhir Masters Malaysia 2023.

Pilihan keenam kejohanan itu mudah mengatasi beregu Jepun, Rena Miyaura-Ayoko Sakuramoto dengan set pertama berlangsung penuh drama termasuk menyaksikan Thinaah menukar raketnya ketika keputusan memihak kepada mereka 19-14.

Namun beberapa kesilapan dilakukan selepas itu memberikan mata mudah buat lawan yang berada di ranking ke-21 dunia sebelum Pearly memuktamadkan kemenangan dengan keputusan 21-17 di set pertama.

Di set kedua, kedua-dua beregu saling bertukar mata namun Pearly-Thinaah yang berada di ranking ke-11 dunia nyata bijak mengambil peluang daripada kesilapan dilakukan Miyaura-Sakuramoto namun gandingan Jepun itu nyata tidak mudah menyerah kalah sehingga mampu mengikat kedudukan kepada 12-12.

Pemain beregu wanita Malaysia, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan ketika beraksi menentang pemain Jepun, Rena Miyaura dan Ayako Sakuramoto pada pusingan kedua Perodua Malaysia Masters 2023 di Axiata Arena, Bukit Jalil. - Foto NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN

Pearly cuba untuk mencuri mata namun serangannya tampak beberapa kali terkandas di jaring sekali gus memberikan kelebihan buat lawan untuk mengikat kembali kedudukan kepada 15-15.

Pearly-Thinaah ketinggalan 15-17 selepas itu dan Pearly mengurangkan defisit mata kepada 17-17.

Meskipun begitu, gandingan Jepun berjaya menyerap corak serangan pantas dilakukan beregu negara untuk terus berada di depan sebelum mencatat kemenangan 21-18 untuk mengheret perlawanan ke set penentuan.

Beregu Jepun nyata tidak memberikan laluan mudah kepada Pearly-Thinaah meskipun gandingan Malaysia mendahului sehingga pertengahan perlawanan dan mampu mendahului 18-17 pada ketika saingan sudah memasuki tempoh satu jam 25 minit.

Dalam tempoh genting bagi mencari baki empat mata terakhir, Pearly-Thinaah dan Miyaura-Sakuramoto saling bertukar mata sebelum kemenangan memihak kepada gandingan Malaysia dengan keputusan 21-19.

Pearly-Thinaah selepas ini dijadual bertemu Yuki Fukushima-Sayaka Hirota di suku akhir selepas beregu Jepun itu mencatat kemenangan straight set 21-16, 21-9 ke atas lawan dari Korea Selatan, Lee Yu Lim- Shin Seung Chan di pusingan kedua.

AksiPemain beregu wanita Malaysia, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan. - Foto NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN
AksiPemain beregu wanita Malaysia, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan. - Foto NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN

Berita Harian X