Khamis, 18 Mei 2023 | 10:55pm
Malaysia jumpa Denmark suku akhir Piala Sudirman
Malaysia jumpa Denmark suku akhir Piala Sudirman

Malaysia jumpa Denmark suku akhir Piala Sudirman

KUALA LUMPUR: Malaysia yang muncul juara Kumpulan C diundi bertemu Denmark, naib juara Kumpulan A pada aksi suku akhir Piala Sudirman dalam undian yang berlangsung, sebentar tadi.

Skuad badminton negara akan bertemu pemenang perlawanan antara Korea Selatan dengan Taiwan jika layak ke separuh akhir.

Undian sebentar tadi juga menyaksikan juara bertahan, China akan bertemu Indonesia manakala Thailand yang muncul juara Kumpulan B menentang naib juara Kumpulan D, Jepun.

Pada aksi peringkat kumpulan, Malaysia cemerlang apabila muncul juara apabila menang semua tiga perlawanan menentang Australia 5-0, India 5-0 dan Taiwan 4-1.

Sebagai rekod, pencapaian terbaik Malaysia dalam saingan Piala Sudirman adalah mara sehingga separuh akhir pada edisi 2009 di Guangzhou, China dan 2021 di Vantaa, Finland.

Undian suku akhir

China mln Indonesia
Thailand mln Jepun
Malaysia mln Denmark
Korea Selatan mln Taiwan

Berita Harian X