Rabu, 26 April 2023 | 10:36am
Tang Jie-Ee Wei mara ke pusingan kedua BAC selepas menewaskan pasangan Korea, Wan Ho-Na Eun di pusingan pertama, malam tadi. - Foto FB BAM
Tang Jie-Ee Wei mara ke pusingan kedua BAC selepas menewaskan pasangan Korea, Wan Ho-Na Eun di pusingan pertama, malam tadi. - Foto FB BAM

BAC: Tang Jie-Ee Wei kejutkan pilihan ketujuh dari Korea

KUALA LUMPUR: Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mencipta kejutan menewaskan pilihan ketujuh dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Jeong Na Eun untuk melangkah ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2023, malam tadi.

Masih segar dengan kejayaan merangkul gelaran Masters Orleans, awal bulan ini, pasangan ranking ke-22 dunia itu melakar kemenangan 21-14, 21-13 ke atas Won Ho-Na Eun pada aksi pusingan pertama kejohanan yang berlagsuang di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Tang Jie-Ee Wei dijadual bertemu bekas juara Seluruh England, Praveen Jordan-Melati Daeva Oktavianti dari Indonesia untuk perebutan tiket ke suku akhir, esok.

Sementara itu, beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie dipaksa bekerja keras sebelum melakar kemenangan ke atas beregu Taiwan, Ye Hong Wei-Lee Chia Hsin 15-21, 22-20, 21-15 bagi mengesahkan tiket ke kelompok 16 terbaik.

Soon Huat-Shevon yang diletakkan sebagai pilihan kelapan kejohanan akan  bertemu pasangan China, Cheng Xing-Chen Fang Hui pada aksi pusingan kedua.

Nasib bagaimanapun tidak menyebelahi satu lagi beregu campuran profesional negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing yang ditunjukkan jalan keluar di pusingan pertama selepas tewas di tangan gandingan China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin 17-21, 13-21.

Berita Harian X